Photobucket

Sabtu, 05 Maret 2011

SIKAP ORANG LALAI DAN ORANG BERAKAL

ORANG LALAI (DARI
PEGANGAN TAUHID), TATKALA
DATANG WAKTU PAGI DIA
MEMIKIRKAN APA YANG
HARUS DIKERJAKANNYA.
ORANG YANG BERAKAL
(BERTAUHID) MENERIMA
PEKERJAAN YANG
DITAKDIRKAN ALLAH S.W.T
UNTUKNYA.
Manusia berada dalam salah satu
dari dua keadaan. Jika kuat satu
keadaan lemahlah keadaan yang
satu lagi. Dua keadaan itu adalah
pertama perhatian kepada
dirinya sendiri dan kedua adalah
perhatian kepada Tuhannya. Jika
dia asyik kepada dirinya lalailah
dia kepada Tuhannya. Jika dia
asyik kepada Tuhannya lalailah
dia kepada dirinya. Orang yang
lemah tauhidnya akan asyik
kepada dirinya dan menjadi lalai
daripada mengingati Tuhannya.
Orang ini mungkin kuat
mengerjakan amal ibadat dan
berbuat kebaikan kepada
sesama makhluk. Tetapi,
keasyikan kepada diri sendiri
membuatnya melihat amal dan
perbuatan sebagai hasil yang
keluar dari dirinya kerana
dirinya dan kembali kepada
dirinya. Jika dia melihat Tuhan
maka dilihatnya Tuhan
memberinya kebebasan untuk
melakukan apa yang dia
kehendaki. Dirasakan seolah-olah
Tuhan tidak mengganggu
pekerjaannya. Dia berpegang
kepada kenyataan bahawa
Tuhan tidak mengubah nasib
sesuatu kaum sebelum kaum itu
mengubah nasibnya. Oleh itu,
nasib dirinya terletak dalam
tangannya sendiri. Dan, Tuhan
memberinya nasib menurut
usaha yang disumbangkannya.
Bagi menjamin dia mendapat
nasib yang baik maka dia
membuat perancangan yang
rapi dan mengambil tindakan
yang berkesan. Dia memulakan
harinya dengan menyusun
jadual yang wajib ditaatinya
untuk hari itu. Untung malang
nasibnya bergantung kepada
kemampuannya untuk
merialisasikan apa yang
dirancangkannya.
Manusia yang berpegang
kepada prinsip demikian adalah
benar menurut aspek dirinya
tetapi adalah orang yang lalai
menurut aspek ketuhanan yang
menguasai dirinya.
Pengagungan kekuatan diri
sendiri akan memperkecilkan
kekuatan Maharaja yang
memerintah sekalian alam maya
ini. Prinsip yang demikian
menambahkan ego dirinya dan
menjauhkannya dari
merendahkan diri kepada
Tuhannya, walaupun banyak
ibadat dan perbuatan baik yang
dikerjakannya. Amal yang
banyak menyebabkannya
menjadi ujub, riak dan sama’ah.
Amal yang demikian tatkala
dibawa ke neraca hisab di
akhirat kelak ia akan
berterbangan seperti debu. Ia
tidak dapat menolong tuannya
kerana orang itu menjadikan
dirinya sebagai tapak untuk
meletakkan amalnya. Di Padang
Mahsyar dirinya sendiri tidak
berdaya berdiri di hadapan
Hakim Yang Maha Perkasa. Bila
dia rebah, rebah jugalah
amalnya.
Sekiranya kita mahu amal dapat
berdiri tegak binalah ia di atas
tapak tauhid. Pandangan tauhid
melihat apa yang dari Allah s.w.t,
berdiri dengan Allah s.w.t dan
kembali kepada Allah s.w.t. Allah
s.w.t yang memiliki dan
menguasai sekalian alam serta isi
dan kejadian yang berlaku di
dalamnya. Tidak bergerak walau
sebesar zarah melainkan dengan
izin-Nya. Tidak terjadi sesuatu
perkara melainkan dengan
Kudrat dan Iradat-Nya. Allah
s.w.t telah menentukan Qadak
sebelum Dia menzahirkan Qadar.
Setiap yang berlaku adalah
menurut ketentuan-Nya. Orang
yang berpegang pada prinsip ini
menyambut kedatangan pagi
dengan persiapan untuk
menerima ketibaan takdir Ilahi.
Dia tahu bahawa apa yang Allah
s.w.t takdirkan untuknya hari itu
pasti sampai kepadanya. Tidak
ada sesiapa yang boleh
mengubahnya. Bergeraklah dia
dengan sepenuh tenaga
mendukung takdir yang
diamanatkan kepadanya. Jangan
menganggap orang yang
bepegang kepada prinsip tauhid
sebagai orang yang pasif, hanya
berpeluk tubuh. Dia tetap aktif
dengan berbagai-bagai aktiviti,
melebihi orang yang berpegang
kepada prinsip yang pertama.
Perbezaan antara keduanya
adalah daya rasa dan daya nilai.
Pekerjaan dan perbuatan adalah
serupa. Orang yang pertama
merasakan dialah yang
melahirkan amal. Dia melihat
dirinya yang melakukan amal.
Orang kedua melihat dirinya
adalah alat, dan Allah s.w.t
adalah Pelaku yang
menggunakan alat. Dia melihat
dirinya dipilih oleh Allah s.w.t
bagi menzahirkan sesuatu
perbuatan. Oleh sebab
perbuatan yang ditakdirkan
untuknya itu menjadi amanat
Allah s.w.t kepadanya maka dia
melakukannya sebaik mungkin
menurut kadar kemampuan
yang Allah s.w.t kurniakan
kepadanya dan dia
mengharapkan perbuatan yang
lahir dari dirinya itu diredai Allah
s.w.t. Orang seperti ini tidak
panik menerima kedatangan
peristiwa besar secara
mendadak kerana dia melihat
bahawa peristiwa tersebut
adalah takdir Allah s.w.t yang
sedang berjalan dan dia berada
di tengah jalan laluan takdir itu,
lalu dia menerimanya dengan
senang hati. Dia yakin bahawa
Allah s.w.t yang mendatangkan
takdir dalam bentuk peristiwa
maka Dia juga yang melahirkan
kesan dari peristiwa berkenaan.
Apabila seseorang itu
berfungsi mengikut urutan
takdir dia dapat menerima
akibat daripada takdir itu
walaupun akibat itu tidak
menguntungkannya. Jika akibat
yang baik sampai kepadanya dia
yakin bahawa Allah s.w.t akan
memeliharanya agar tidak
terjadi sia-sia kebaikan yang
diterimanya dan dia bersyukur.
Jika akibat buruk yang sampai
kepadanya dia yakin bahawa
Allah s.w.t akan menguatkannya
dengan kesabaran dan keredaan.
Hati yang benar-benar bertauhid
tidak dapat diganggu gugat oleh
apa-apa pun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar