Photobucket

Selasa, 08 Maret 2011

AMAL YANG BERNILAI PADA SISI ALLAH SWT

TIDAK ADA AMAL YANG
DIHARAPKAN DITERIMA
ALLAH S.W.T SELAIN AMAL
YANG KAMU TIDAK MELIHAT
KEPADANYA DAN
MEMANDANGNYA KECIL ATAU
REMEH.
Hikmat ini mengajak kita
merenung kepada amal yang
kita anggap kecil, remeh dan
tidak penting. Amal yang
demikian kita lakukan seketika
kemudian terus melupakannya.
Misalnya, ketika kita sedang
memandu, seekor anak ayam
melintasi jalan di hadapan, kita
memperlahankan kereta
sehingga anak ayam itu selamat
menyeberang. Misal yang lain,
seekor lalat terjatuh ke dalam
minuman kita, lalu kita
keluarkannya dan membiarkan
ia terbang pergi. Peristiwa
seperti itu dialami dalam
beberapa saat sahaja, bersahaja,
tidak menyentuh jiwa dan
kemudian dilupakan buat
selama-lamanya. Amal yang
seperti itulah yang perlu
direnungkan kerana begitulah
bentuk amal yang diterima oleh
Allah s.w.t. Amal yang demikian
keluar dari kemanusiaan yang
asli dan murni. Keaslian dan
kemurnian itulah yang hendak
dihidupkan dalam setiap amalan,
walau bagaimana besar
sekalipun amalan itu. Apalah
bezanya menyelamatkan
seorang manusia dengan seekor
lalat yang sama-sama lemas di
dalam air. Allah s.w.t yang
mengizinkan dan menggerakkan
kamu untuk menyelamatkan
lalat yang lemas itu. Allah s.w.t
juga yang mengizinkan dan
menggerakkan kamu
menyelamatkan manusia yang
lemas. Siapakah kamu, di
manakah kamu, apakah
kekuasaan kamu, apakah
tindakan kamu dalam peristiwa-
peristiwa tersebut? Adakah
berbeza kamu yang
menyelamatkan lalat itu dengan
kamu yang menyelamatkan
manusia itu? Sekiranya
seseorang itu tidak ada keegoan
atau ketaksuban terhadap
dirinya sendiri dan hatinya
tawadhuk kepada Allah s.w.t,
maka dia akan melihat Allah s.w.t
yang menyelamatkan lalat dan
Dia juga yang menyelamatkan
manusia itu. Ambillah iktibar dari
amal yang kecil-kecil dan
dipandang remeh dalam
membentuk amal yang besar-
besar dan dipandang penting,
supaya kamu tidak melihat
kepada amal ketika beramal.
Nilai sesuatu amal terletak pada
ikhlas yang mengiringi amal
tersebut dan ikhlas
melepaskannya. Biasa terjadi
seseorang itu ikhlas ketika
berbuat kebaikan tetapi
keikhlasan itu terusik
kemudiannya. Kebanyakan
manusia enggan melepaskan
perbuatan baik yang telah
mereka lakukan. Mereka suka
mengingati dan menyebut
kebaikan tersebut. Perbuatan
demikian boleh membawa
seseorang jatuh ke dalam
samaah, iaitu menceritakan
kebaikan supaya dirinya
diperakui dan disanjung sebagai
seorang yang baik. Samaah
menjadi minyak yang
memudahkan riak menyala.
Apabila riak sudah menyala
segala kebaikan yang telah
dibuatnya akan terbakar. Apa
yang tinggal dalam simpanan
akhiratnya hanyalah debu-debu
yang tidak berharga. Orang
tersebut akan menjadi orang
yang memikul peti besi yang
besar berisi debu untuk
dibukakan di hadapan Tuhan.
Mereka gembira di dunia tetapi
kehampaan di akhirat.
Orang yang berada dalam
suasana asbab perlu
menghidupkan ikhlas dan
memeliharanya agar tidak
dirosakkan oleh ujub, riak dan
sama'ah. Ikhlas dihidupkan
dengan meniadakan
kepentingan diri apabila
berhubungan dengan orang lain.
Ikhlas dipelihara dengan cara
tidak mengikat kebaikan yang
dibuat itu sama ada di mulut
ataupun di ingatan. Serahkan
segala kebaikan yang dibuat
kepada Allah s.w.t, tidak perlu
kita menyimpan di mulut kita.
Ketahuilah, memelihara ikhlas
lebih sukar daripada
menghidupkan ikhlas. Seseorang
hanya perlu berperang sekejap
sahaja dengan nafsunya
sebelum berjaya melakukan
sesuatu perbuatan dengan
ikhlas, tetapi dia perlu berperang
dengan nafsunya sepanjang
hayatnya untuk memelihara
ikhlas yang sudah dilakukannya
dahulu.
Walau melalui arah mana pun
diperhatikan, persoalannya
tetap kembali kepada hati. Hati
menjadi medan perebutan kuasa
di antara nafsu dengan ikhlas.
Modal nafsu adalah kepentingan
diri. Nafsu mengingatkan
sesuatu yang dia ada
kepentingan atau hak padanya
telah dilepaskan kepada orang
lain. Oleh kerana nafsu tidak
mati maka ingatannya kepada
yang kehilangan itu juga tidak
mati. Jihad terhadap nafsu ini
berpanjangan. Ikhlas adalah
umpama bayi suci yang perlu
dipelihara dan dilindungi
daripada dibaham oleh harimau
nafsu.
Cara menundukkan harimau
nafsu adalah jangan
memberinya makan.
Makanannya adalah cerita
mengenai haknya yang telah
terlepas ke tangan orang lain.
Racun bagi harimau nafsu
adalah cerita mengenai kebaikan
Tuhan yang membahagikan
nikmat yang tidak terhingga
kepada makhluk-Nya. Penetapan
hak Allah atau Allah jualah
Pemilik sebenar, akan melindungi
bayi suci daripada musuh-
musuh yang mahu
mencederakannya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar