Photobucket

Rabu, 13 April 2011

ORANG YANG MENGENAL ALLAH SWT

UKANLAH ORANG ARIF
ORANG YANG MEMPEROLEHI
ISYARAT LALU MERASAKAN
ALLAH S.W.T LEBIH DEKAT
DARI ISYARATNYA. ORANG
ARIF ADALAH ORANG YANG
TIDAK MENYEDARI ISYARAT
KERANA FANA DALAM WUJUD
ALLAH S.W.T DAN DILIPUTI
OLEH SYUHUD (PENYAKSIAN)
KEPADA ALLAH S.W.T.
Hikmat yang lalu
menggambarkan keadaan orang
awam yang dihijab oleh cahaya
dunia dan syaitan sehingga
mereka tidak jadi untuk berbuat
taat kepada Allah s.w.t. Hikmat
87 ini pula menggambarkan
keadaan orang yang berjalan
pada jalan Allah s.w.t dan sudah
pun mengalami hakikat-hakikat
tetapi cahaya hakikat masih
menjadi hijab antaranya dengan
Allah s.w.t. Pengalaman tentang
hakikat menurut istilah tasauf
dipanggil isyarat tauhid. Isyarat-
isyarat tersebut apabila diterima
oleh hati maka hati akan
mendapat pengertian tentang
Allah s.w.t. Isyarat-isyarat
demikian membuatnya berasa
hampir dengan Allah s.w.t. Orang
yang berasa hampir dengan
Allah s.w.t tetapi masih melihat
kepada isyarat-isyarat tersebut
masih belum mencapai makam
arifbillah. Orang arifbillah sudah
melepasi isyarat-isyarat dan
sampai kepada Allah s.w.t yang
tidak boleh diisyaratkan lagi.
Makam ini dinamakan fana-fillah
atau lebur kewujudan diri dalam
Wujud Mutlak dan penglihatan
mata hati tertumpu kepada Allah
s.w.t semata-mata, iaitu dalam
keadaan:
Tiada sesuatu sebanding
dengan-Nya.
Tidak ada nama yang mampu
menceritakan tentang Zat-Nya.
Tidak ada sifat yang mampu
menggambarkan tentang Zat-
Nya. Tidak ada isyarat yang
mampu memperkenalkan Zat-
Nya. Itulah Allah s.w.t yang tidak
ada sesuatu apa pun
menyerupai-Nya. Maha Suci Allah
s.w.t dari apa yang disifatkan.
Murid yang berjaya dalam
perjalanannya mengalami
berbagai-bagai hal. Pengalaman
tersebut datang sebagai isyarat-
isyarat yang tiba-tiba sahaja
tercetus di dalam hati, dan hati
tiba-tiba sahaja dapat
menangkap sesuatu yang ghaib
dan berkaitan dengan
ketuhanan. Pengalaman hati
tersebut mencetuskan daya
tafakur. Hasil dari tafakur
dapatlah dia memahami tentang
Tuhan. Pengetahuan tentang
ketuhanan itu membuatnya
merasakan hampir dengan
Tuhan. Murid pada peringkat ini
dapat melihat kelebihan tauhid
yang Allah s.w.t kurniakan
kepadanya. Ini menunjukkan dia
masih berdalilkan pengalaman
kerohaniannya secara tidak
sedar bagi mendapat penjelasan
tentang tauhid.
Berbeza keadaannya daripada
orang arifbillah yang tidak lagi
melihat kepada tauhid kerana
dia sendiri telah fana di dalam
tauhid. Orang arifbillah
mencapai kefanaan yang mutlak
setelah melalui empat peringkat
kematian, dipanggil mati tabii,
mati maknawi, mati surri dan
mati hisi. Mati cara ini bukanlah
kematian tubuh badan tetapi ia
adalah pelenyapan segala
sesuatu selain Allah s.w.t secara
berperingkat-peringkat dari
alam kebatinan seseorang. Ia
diistilahkan sebagai mati kerana
pengalaman demikian hanya
berlaku setelah rohani seseorang
dapat melepasi kurungan
duniawi dan masuk ke alam
kebatinan yang mendalam atau
dikatakan dia terjun ke dalam
dirinya sendiri. Rohani manusia
bukanlah satu ruang seperti
ruang-ruang yang ada di dunia.
Rohani adalah Latifah
Rabbaniah, perkara ghaib yang
sangat seni dan dinisbahkan
kepada Allah s.w.t, hanya Allah
s.w.t mengetahui hakikatnya.
Rohani boleh dihalusi kepada
beberapa peringkat. Peringkat
pertama dinamakan Latifah
Kalbu (hati) yang menjadi asas
kepada semua Latifah-Latifah. Ia
juga dinamakan tubuh batin.
Peringkat yang lebih mendalam
dinamakan Latifah Roh yang
dibahasakan sebagai roh
haiwani iaitu nyawa yang
menghidupkan tubuh badan.
Latifah Roh menjadi batin
kepada Latifah Kalbu. Batin
kepada Latifah Roh pula
dinamakan Latifah Sir yang
dibahasakan sebagai roh insani,
yang membekalkan bakat
kehidupan kepada roh haiwani
dan seterusnya menghidupkan
jasad. Batin kepada Latifah Sir
dinamakan Latifah Khafi dan
batin yang paling dalam
dinamakan Latifah Akhfa.
Bila terbuka medan Latifah
kalbu, hati merasakan mati tabii.
Kematian cara ini membuat
fikiran tidak aktif. Hati
mendapat keasyikan tentang
alam ghaib dan dalam keasyikan
itu pendengaran zahir tidak
memberi kesan kepada hati dan
fikiran. Dia tidak mendengar
apa-apa lagi kecuali suara
hatinya yang menyebut Allah,
Allah, Allah! Kemudian, tanpa
dipaksa-paksa lidahnya
menyebut Allah, Allah, Allah!
Setiap kali dia menyebut Allah
hatinya merasakan seolah-olah
Allah menjawab seruannya itu.
Pada peringkat ini kesedaran diri
lenyap di dalam lakuan Allah
s.w.t. Pemikiran, perasaan dan
keinginan tidak berfungsi lagi.
Semua perkara terhapus, yang
ada nur iman dan tauhid.
Hatinya menghayati:
Tiada yang berbuat sesuatu
melainkan Allah s.w.t.
Dalam keadaan demikian dia
menghayati firman Allah s.w.t:
“Padahal Allah menjadikan kamu
dan benda-benda yang kamu
perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah
as-Saaffaat )
Dan tidaklah akan berkehendak,
kecuali jika dikehendaki oleh
Allah,( Ayat 29 : Surah at-
Takwiir)
Orang yang memasuki alam
kebatinan peringkat ini melihat
pergerakan yang terjadi pada
dirinya berlaku tanpa dia
merancang dan juga dia tidak
mampu menyekatnya dari
berlaku. Keadaannya sama
seperti orang yang melihat
dirinya di dalam mimpi. Dia tidak
berkuasa menyuruh atau
melarang apa yang dirinya
lakukan di dalam mimpi itu. Dia
seakan-akan melihat orang lain,
bukan dirinya sendiri.
Pengalaman yang seperti di
dalam mimpi itu dialami secara
jaga oleh orang yang mencapai
fana peringkat pertama atau
memasuki suasana mati tabii.
Oleh sebab dia melihat dengan
jelas dan yakin akan perbuatan
dirinya terjadi di luar bidang
kekuasaannya, maka perbuatan
itu dinafikan keluar dari dirinya
dan diisbatkan kepada
perbuatan Allah s.w.t. Dia
menghayati bahawa Allah s.w.t
jualah yang melakukan segala
perkara.
Setelah melepasi medan Latifah
kalbu seseorang itu masuk
kepada medan Latifah Roh dan
jika diizinkan Allah s.w.t dia
berpeluang mengalami suasana
mati maknawi. Dalam suasana
mati maknawi, penglihatan mata
zahir dikuasai oleh penglihatan
mata hati. Mata zahir tidak lagi
tertarik kepada alam benda. Dia
seolah-olah melihat cermin yang
ditembusi cahaya, maka sifat-
sifat alam benda tidak berbekas
pada pandangannya ketika mata
hatinya memandang kepada
sifat Allah s.w.t Yang Maha
Sempurna dan Kekal.
Kesedarannya terhadap sifat
dirinya hilang dan dia dikuasai
oleh suasana sifat Allah s.w.t.
Penghayatan hatinya pada
ketika ini adalah:
Tiada yang hidup melainkan
Allah s.w.t.
Kefanaan pada peringkat ini
membuat seseorang melihat
kepada keabadian. Dia tidak lagi
melihat kepada jasad yang akan
binasa dan tidak juga kepada
dunia yang bersifat sementara.
Dia dikuasai oleh suasana rohani
yang tidak akan binasa kerana
rohani hidup menumpang Hayat
Allah s.w.t.
Setelah melepasi medan Latifah
Roh dia masuk kepada medan
Latifah Sir dan jika Allah s.w.t
izinkan dia dapat merasakan
suasana mati surri. Dalam
suasana mati surri, segala
kewujudan yang sementara dan
sifat kemanusiaan terhapus dari
alam kebatinannya. Dia masuk ke
alam ghaib yang penuh dengan
Nur Ilahi. Nama Allah s.w.t
berbekas pada hatinya dan dia
menghayati kenyataan:
Tiada yang terpuji melainkan
Allah s.w.t.
Orang yang mengalami
kefanaan ini sudah terputus dari
sifat-sifat kemanusiaan maka
lahirlah perwatakan yang ganjil
dan aneh, tidak secucuk dengan
tatasusila dan adab masyarakat.
Cara dia berpakaian, makan dan
minum tidak seperti orang ramai
lagi. Percakapannya sukar
dimengerti dan kadang-kadang
menyinggung perasaan orang
lain. Mungkin juga terkeluar dari
mulutnya ucapan yang pada
zahirnya bersalahan dengan
syariat.
Setelah melepasi Latifah Sir
seseorang itu masuk ke dalam
medan Latifah Khafi dan jika
diizinkan Allah s.w.t dia
berpeluang memasuki susana
mati hisi. Dalam suasana ini apa
juga yang mengisi alam ini
lenyap dari alam perasaannya
Tidak ada lagi pemikiran,
perasaan, bahasa, ruang, masa,
ukuran dan rupa bentuk. Dia
mengalami suasana yang
kosong, tiada isi, tiada rupa,
tiada bahasa dan tidak boleh
diperkatakan apa-apa. Dia
menghayati suasana:
Tiada yang maujud secara
mutlak melainkan Allah s.w.t.
Semua yang lain dari Allah s.w.t
binasa, Wujud Allah s.w.t yang
tidak binasa. Keadaan
kerohanian pada peringkat ini
adalah:
Zat yang kosong dari makhluk,
yang maujud hanya Allah s.w.t.
Setelah melepasi suasana
kematian dalam empat Latifah
itu seseorang itu masuk kepada
batin yang paling dalam iaitu
Latifah Akhfa. Dia sudah
melepasi suasana fana dan
masuk kepada suasana
baqabillah atau kekal bersama-
sama Allah s.w.t. Dia sentiasa
bersama-sama Allah s.w.t baik
ketika jaga mahu pun ketika
tidur. Segala gerak gerinya
merupakan ibadat. Mata hatinya
sentiasa memandang kepada
Allah s.w.t. Kesibukannya
dengan apa jua urusan tidak
melindungi penglihatan hakiki
mata hatinya. Tampak nyata
baginya:
Tiada yang berkuasa melainkan
Allah s.w.t; tiada yang
berkehendak melainkan apa
yang dikehendaki Allah s.w.t;
tidak ada daya dan upaya
melainkan daya dan upaya yang
dari Allah s.w.t. Segala sesuatu
datangnya dari Allah s.w.t dan
kembali kepada-Nya.
Mata hatinya melihat bahawa
segala kewujudan selain Zat
Allah s.w.t, sifat Allah s.w.t,
perbuatan Allah s.w.t dan asma’
Allah s.w.t hanyalah kewujudan
yang tidak berhakikat. Inilah
makam arifbillah, iaitu orang
yang benar-benar mengenal
Allah s.w.t

Senin, 11 April 2011

JANGAN MERASA BISA

Seorang ulama sufi, Abu Yazid Al
Busthami pernah mengatakan:
Pada mulanya saya telah salah
menduga dalam empat hal,
yaitu :
saya mengira bahwa sayalah
yang berdzikir, mengetahuiNya,
cinta kepadaNya dan
mencariNya. tetapi setelah
mengetahui, nyata bahwa
dzikrullah mendahului dzikirku,
pengetahuan Allah mendahului
pengetahuanku, cinta Allah
mendahului cintaku dan Dia lebih
dahulu menarik aku sebelum aku
datang kepadaNya.
Dikutip dari : Majalah Aham Edisi
76/1429 terbitan Yayasan
Perjuangan Wahidiyah dan
Pondok Pesantren Kedunglo

ENGKAU BERSAMA ORANG YANG KAU CINTAI

Diceritakan oleh Anas bin Malik,
seorang Arab dari dusun datang
ke Masjid Nabawi, dengan berani
ia bertanya ,“”Ya Rasulullah,
kapan kiamat terjadi ?”
Rasululllah melakukan sholat
tanpa menjawab pertanyaan itu.
Usai sholat beliau menghadap
jama’ah, “mana orang yang
bertanya tentang hari kiamat
itu?”.
Orang Arab itu berkata, “Saya,
ya Rasulullah.”
Rasulullah bertanya, “Apa yang
sudah kau persiapkan buat hari
kiamat?”
Mendengar pertanyaan Nabi
SAW itu, seluruh keberaniannya
hilang. Ia menundukkan
kepalanya dan berguman,
“Wallahi, ma a’dadtu laha min
katsiri amali, shalatin wa laa
shaumin, illa inni uhibbullaha wa
rasulih”. Demi Allah, aku tidak
mempersiapkan amal yang
banyak, tidak pula shalat yang
banyak dan tidak juga puasa
yang banyak. Tetapi aku
mencintai Allah dan RasulNya.
Nabi bersabda,“Innaka ma’a
man ahbabta!” Engkau bersama
orang yang engkau cintai.
Dikutip dari : Majalah Aham Edisi
76/1429 terbitan Yayasan
Perjuangan Wahidiyah dan
Pondok Pesantren Kedunglo