Photobucket

Kamis, 10 Maret 2011

AKHERAT ADALAH TEMPAT PEMBALASAN BAGI HAMBA-HAMBA YANG BERIMAN

SESUNGGUHNYA DIJADIKAN
NEGERI AKHIRAT SEBAGAI
TEMPAT PEMBALASAN BAGI
HAMBA-HAMBA-NYA YANG
BERIMAN KERANA NEGERI INI
(DUNIA) TIDAK CUKUP LUAS
(BAGI MENAMPUNG) APA
YANG ALLAH S.W.T HENDAK
BERIKAN KEPADA MEREKA.
BAHAWASANYA DIGANDAKAN
SEGALA KADAR
(PEMBALASAN) MEREKA, JAUH
DARI PEMBALASAN TERHADAP
MEREKA YANG DI DALAM
NEGERI YANG TIDAK KEKAL
INI.
Dunia dan manusia ditentukan
dengan ajal. Ajal bagi manusia
adalah maut, dan ajal bagi dunia
adalah kiamat. Umat manusia
yang terdahulu hidup sehingga
melebihi seribu tahun. Umat
Nabi Muhammad s.a.w hidup
sekitar enam puluh tahun sahaja.
Apabila maut datang berakhirlah
kehidupannya di dunia. Apa
sahaja yang dimilikinya berpisah
daripadanya. Jasadnya dihantar
ke dalam tanah, dan hartanya
kepada waris-warisnya.
Kemuliaan, kekuasaan,
kesayangan, kebencian,
kehinaan dan segala-galanya
ditinggalkannya. Keluarlah roh
dari dunia dan ditunggunya pula
ketibaan ajal dunia. Berapa juta
tahun dunia boleh hidup tiada
sesiapa mengetahuinya
melainkan Allah s.w.t, yang pasti
dunia juga pasti ‘mati’ satu
ketika nanti. Masa kematiannya
mungkin sudah hampir. Nabi
akhir zaman sudah diutuskan
lebih seribu empat ratus tahun
yang lalu. Nikmat Allah s.w.t
telah disempurnakan. Agama
Allah telah diperlengkapkan. Apa
sahaja yang harus diberikan
kepada dunia telah diberikan.
Tidak ada lagi yang tinggal. Jika
dunia diistilahkan sebagai
bernafas, maka semua nafasnya
telah pun digunakannya, hanya
tinggal nafas yang di dalam
simpanan yang digunakan
sekarang.
Demi masa (waktu asar)! ( Ayat
1 : Surah al-‘Asr )
Waktu telah asar. Matahari telah
condong ke barat, hanya
beberapa ketika sahaja lagi ia
akan terbenam. Sebentar lagi
cahaya alam akan dicabut dan
tinggallah dunia dalam
kegelapan. Muazzin menyambut
ketibaan waktu asar dengan
memberikan peringatan kepada
manusia:
Demi masa! Sesungguhnya
manusia dalam kerugian - kecuali
orang-orang yang beriman dan
beramal salih, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan
dengan kesabaran. ( Ayat 1 –
3 : Surah al-‘Asr )
Dunia mengasingkan manusia
kepada dua golongan. Pertama
adalah yang beriman dan
beramal salih serta mengajak
kepada kebenaran dan
kesabaran. Kedua adalah yang
kufur dan menolak kebenaran.
Dunia menjadi penjara kepada
yang beriman dan menjadi
syurga kepada yang kufur.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Dunia ini penjara bagi orang
Mukmin dan syurga bagi orang
kafir.
Syurga adalah kelazatan dan
kesenangan yang menjadi
balasan kepada perbuatan baik.
Orang kafir yang berbuat
kebaikan menerima balasan
kebaikan ketika mereka masih di
dunia. Allah s.w.t memberi
balasan lebih banyak dari
kebaikan yang hamba-Nya
lakukan agar mereka tidak boleh
merungut tentang balasan yang
mereka terima. Dunia ini tidak
ada nilainya di sisi Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w mengatakan
bahawa dunia ini pada sisi Allah
s.w.t nilainya tidak melebihi
sebelah sayap nyamuk.
Andainya dunia ini ada harga
bagi Allah s.w.t nescaya tidak
diizinkan orang kafir merasa
walau seteguk air. Oleh sebab
dunia ini tidak berharga maka ia
dihamburkan kepada orang-
orang kafir seluas-luasnya
supaya mereka berasa puas
menerima imbuhan bagi penat
lelah dan usaha mereka, dan
tidak ada lagi tanggungan
balasan yang tinggal buat
mereka apabila mereka
meninggalkan dunia ini. Di
akhirat kelak mereka tidak boleh
lagi membuat tuntutan terhadap
kebaikan yang mereka lakukan
semasa di dunia. Segala hutang
telah dibayar oleh Allah s.w.t
ketika mereka masih hidup.
Orang yang tidak beriman
berbuat kebaikan dengan
menggunakan keupayaan
jasmaninya, sementara orang
yang beriman menggunakan
keupayaan rohaninya. Kebaikan
yang lahir dari keupayaan
jasmani hanya mampu
disebarkan kepada ruang yang
sempit, oleh sebab itu ruang
yang sempit juga diperlukan
untuk diisi balasan untuknya.
Ruang yang ada di alam dunia
ini sudah cukup luas untuk
diisikan dengan pembalasan
terhadap kebaikan-kebaikan
jasmani. Rohani pula mampu
merentasi daerah yang lebih
luas. Semakin kuat rohani
seseorang semakin luas daerah
yang boleh diterokainya.
Manusia yang memiliki rohani
yang paling kuat adalah Nabi
Muhammad s.a.w dan
keupayaan rohani baginda s.a.w
diceritakan oleh Allah s.w.t
dengan firman-Nya:
Dan tiadalah Kami mengutuskan
engkau (wahai Muhammad)
melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekalian alam . ( Ayat 107 :
Surah al-Anbiyaa’ )
Keupayaan rohani Rasulullah
s.a.w mampu meliputi seluruh
alam, menabur rahmat kepada
semua zaman, semua ruang
serta sekalian isi alam. Tidak ada
satu juzuk pun dari alam yang
tidak berteduh di bawah
payung rahmat rohani
Rasulullah s.a.w. Berbeza
daripada keupayaan jasmani
baginda s.a.w yang hanya
berdakwah selama lebih kurang
dua puluh dua tahun sahaja.
Begitulah besarnya perbezaan
antara keupayaan rohani
dengan keupayaan jasmani. Oleh
itu nilai kebaikan yang dilakukan
masing-masing juga berbeza.
Oleh sebab besarnya kebaikan
yang bersangkutan dengan
rohani maka ruang yang
diperlukan untuk mengisi
balasan baginya juga besar.
Ruang yang ada di alam dunia
ini tidak cukup luas untuk
diisikan dengan balasan
tersebut, lebih-lebih lagi balasan
untuk kebaikan digandakan oleh
Allah Yang Maha Pemurah.
Dunia ini selain ruangnya
sempit ia juga hina di sisi Allah
s.w.t, sedangkan balasan
kebaikan untuk orang yang
beriman sangat mulia dan tinggi
nilainya. Jika balasan yang mulia
itu diisi ke dalam bekas yang
kotor, maka kekotoran bekas itu
akan bercampur dengan
kemuliaan balasan itu yang
menyebabkan kecacatan pada
balasan tersebut. Untuk
mengelakkan sesuatu yang baik
lagi mulia daripada terjejas,
disediakan Allah s.w.t kepada
orang yang beriman tempat
yang mulia, dan orang Mukmin
itu akan dijemput dengan penuh
kemuliaan untuk mendapatkan
bahagiannya yang mulia di
tempat yang mulia. Apa yang
akan diperolehinya nanti akan
kekal bersama-samanya, tidak
seperti balasan dunia yang
bersifat sementara

Tidak ada komentar:

Posting Komentar