Photobucket

Senin, 28 Februari 2011

JALAN MEMPEROLEH MAKRIFAT

APABILA TUHAN
MEMBUKAKAN BAGIMU JALAN
UNTUK MAKRIFAT, MAKA
JANGAN HIRAUKAN TENTANG
AMALMU YANG MASIH SEDIKIT
KERANA ALLAH S.W.T TIDAK
MEMBUKA JALAN TADI
MELAINKAN DIA
BERKEHENDAK
MEMPERKENALKAN DIRI-NYA
KEPADA KAMU.
Kalam-kalam Hikmat yang
dihuraikan terlebih dahulu
mengajak kita merenung secara
mendalam tentang pengertian
amal, Qadak dan Qadar, tadbir
dan ikhtiar, doa dan janji Allah
s.w.t , yang semuanya itu
mendidik rohani agar melihat
kecilnya apa yang datangnya
daripada hamba dan betapa
besar pula apa yang dikurniakan
oleh Allah s.w.t. Rohani yang
terdidik begini akan membentuk
sikap beramal tanpa melihat
kepada amalan itu sebaliknya
melihat amalan itu sebagai
kurniaan Allah s.w.t yang wajib
disyukuri. Orang yang terdidik
seperti ini tidak lagi membuat
tuntutan kepada Allah s.w.t
tetapi membuka hati nuraninya
untuk menerima taufik dan
hidayat daripada Allah s.w.t.
Orang yang hatinya suci bersih
akan menerima pancaran Nur Sir
dan mata hatinya akan melihat
kepada hakikat bahawa Allah
s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia,
Maha Suci dan Maha Tinggi tidak
mungkin ditemui dan dikenali
kecuali jika Dia mahu ditemui
dan dikenali. Tidak ada ilmu dan
amal yang mampu
menyampaikan seseorang
kepada Allah s.w.t. Tidak ada
jalan untuk mengenal Allah s.w.t.
Allah s.w.t hanya dikenali apabila
Dia memperkenalkan ‘diri-Nya’.
Penemuan kepada hakikat
bahawa tidak ada jalan yang
terhulur kepada gerbang
makrifat merupakan puncak
yang dapat dicapai oleh ilmu.
Ilmu tidak mampu pergi lebih
jauh dari itu. Apabila
mengetahui dan mengakui
bahawa tidak ada jalan atau
tangga yang dapat mencapai
Allah s.w.t maka seseorang itu
tidak lagi bersandar kepada ilmu
dan amalnya, apa lagi kepada
ilmu dan amal orang lain. Bila
sampai di sini seseorang itu
tidak ada pilihan lagi melainkan
menyerah sepenuhnya kepada
Allah s.w.t.
Bukan senang mahu
membulatkan hati untuk
menyerah bulat-bulat kepada
Allah s.w.t. Ada orang yang
mengetuk pintu gerbang
makrifat dengan doanya. Jika
pintu itu tidak terbuka maka
semangatnya akan menurun
hingga boleh membawa kepada
berputus asa. Ada pula orang
yang berpegang dengan janji
Allah s.w.t bahawa Dia akan
membuka jalan-Nya kepada
hamba-Nya yang berjuang pada
jalan-Nya. Kuatlah dia beramal
agar dia lebih layak untuk
menerima kurniaan Allah s.w.t
sebagaimana janji-Nya. Dia
menggunakan kekuatan
amalannya untuk mengetuk
pintu gerbang makrifat. Bila
pintu tersebut tidak terbuka
juga maka dia akan berasa ragu-
ragu.
Dalam perjalanan mencari
makrifat seseorang tidak
terlepas daripada kemungkinan
menjadi ragu-ragu, lemah
semangat dan berputus asa jika
dia masih bersandar kepada
sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba
tidak ada pilihan kecuali
berserah kepada Allah s.w.t,
hanya Dia yang memiliki kuasa
Mutlak dalam menentukan
siapakah antara hamba-hamba-
Nya yang layak mengenali Diri-
Nya. Ilmu dan amal hanya
digunakan untuk membentuk
hati yang berserah diri kepada
Allah s.w.t. Aslim atau menyerah
diri kepada Allah s.w.t adalah
perhentian di hadapan pintu
gerbang makrifat. Hanya para
hamba yang sampai di
perhentian aslim ini yang
berkemungkinan menerima
kurniaan makrifat. Allah s.w.t
menyampaikan hamba-Nya di
sini adalah tanda bahawa si
hamba tersebut dipersiapkan
untuk menemui-Nya. Aslim
adalah makam berhampiran
dengan Allah s.w.t. Sesiapa yang
sampai kepada makam ini
haruslah terus membenamkan
dirinya ke dalam lautan
penyerahan tanpa
menghiraukan banyak atau
sedikit ilmu dan amal yang
dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t
kehendaki dari makam inilah
hamba diangkat ke Hadrat-Nya.
Jalan menuju perhentian aslim
iaitu ke pintu gerbang makrifat
secara umumnya terbahagi
kepada dua. Jalan pertama
dinamakan jalan orang yang
mencari dan jalan kedua
dinamakan jalan orang yang
dicari. Orang yang mencari akan
melalui jalan di mana dia kuat
melakukan mujahadah, berjuang
melawan godaan hawa nafsu,
kuat melakukan amal ibadat dan
gemar menuntut ilmu. Zahirnya
sibuk melaksanakan tuntutan
syariat dan batinnya
memperteguhkan iman.
Dipelajarinya tarekat tasauf,
mengenal sifat-sifat yang
tercela dan berusaha
mengikiskannya daripada
dirinya. Kemudian diisikan
dengan sifat-sifat yang terpuji.
Dipelajarinya perjalanan nafsu
dan melatihkan dirinya agar
nafsunya menjadi bertambah
suci hingga meningkat ke tahap
yang diredai Allah s.w.t. Inilah
orang yang diceritakan Allah
s.w.t dengan firman-Nya:
Dan orang-orang yang berusaha
dengan bersungguh-sungguh
kerana memenuhi kehendak
agama Kami, sesungguhnya
Kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan Kami (yang
menjadikan mereka bergembira
serta beroleh keredaan); dan
sesungguhnya (pertolongan dan
bantuan) Allah adalah beserta
orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya. ( Ayat
69 : Surah al-‘Ankabut )
Wahai manusia! Sesungguhnya
engkau sentiasa berpenat -
(menjalankan keadaan hidupmu)
dengan sedaya upayamu
hinggalah (semasa engkau)
kembali kepada Tuhanmu,
kemudian engkau tetap
menemui balasan apa yang telah
engkau usahakan itu (tercatit
semuanya). (Ayat 6 : Surah al-
Insyiqaaq )
Orang yang bermujahadah pada
jalan Allah s.w.t dengan cara
menuntut ilmu, mengamalkan
ilmu yang dituntut,
memperbanyakkan ibadat,
berzikir, menyucikan hati, maka
Allah s.w.t menunjukkan jalan
dengan memberikan taufik dan
hidayat sehingga terbuka
kepadanya suasana berserah diri
kepada Allah s.w.t tanpa ragu-
ragu dan reda dengan lakuan
Allah s.w.t. Dia dibawa hampir
dengan pintu gerbang makrifat
dan hanya Allah s.w.t sahaja
yang menentukan apakah orang
tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya
ataupun tidak, dikurniakan
makrifat ataupun tidak.
Golongan orang yang dicari
menempuh jalan yang berbeza
daripada golongan yang
mencari. Orang yang dicari tidak
cenderung untuk menuntut ilmu
atau beramal dengan tekun. Dia
hidup selaku orang awam tanpa
kesungguhan bermujahadah.
Tetapi, Allah s.w.t telah
menentukan satu kedudukan
kerohanian kepadanya, maka
takdir akan mengheretnya
sampai ke kedudukan yang telah
ditentukan itu. Orang dalam
golongan ini biasanya
berhadapan dengan sesuatu
peristiwa yang dengan serta-
merta membawa perubahan
kepada hidupnya. Perubahan
sikap dan kelakuan berlaku
secara mendadak. Kejadian yang
menimpanya selalunya
berbentuk ujian yang
memutuskan hubungannya
dengan sesuatu yang menjadi
penghalang di antaranya
dengan Allah s.w.t. Jika dia
seorang raja yang beban
kerajaannya menyebabkan dia
tidak mampu mendekati Allah
s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut
kerajaan itu daripadanya.
Terlepaslah dia daripada beban
tersebut dan pada masa yang
sama timbul satu keinsafan di
dalam hatinya yang
membuatnya menyerahkan
dirinya kepada Allah s.w.t
dengan sepenuh hatinya.
Sekiranya dia seorang hartawan
takdir akan memupuskan
hartanya sehingga dia tidak ada
tempat bergantung kecuali
Tuhan sendiri. Sekiranya dia
berkedudukan tinggi, takdir
mencabut kedudukan tersebut
dan ikut tercabut ialah
kemuliaan yang dimilikinya,
digantikan pula dengan
kehinaan sehingga dia tidak ada
tempat untuk dituju lagi kecuali
kepada Allah s.w.t. Orang dalam
golongan ini dihalang oleh takdir
daripada menerima bantuan
daripada makhluk sehingga
mereka berputus asa terhadap
makhluk. Lalu mereka kembali
dengan penuh kerendahan hati
kepada Allah s.w.t dan timbullah
dalam hati mereka suasana
penyerahan atau aslim yang
benar-benar terhadap Allah
s.w.t. Penyerahan yang tidak
mengharapkan apa-apa daripada
makhluk menjadikan mereka
reda dengan apa sahaja takdir
dan lakuan Allah s.w.t. Suasana
begini membuat mereka sampai
dengan cepat ke perhentian
pintu gerbang makrifat
walaupun ilmu dan amal mereka
masih sedikit. Orang yang
berjalan dengan kenderaan bala
bencana mampu sampai ke
perhentian tersebut dalam masa
dua bulan sedangkan orang
yang mencari mungkin sampai
dalam masa dua tahun.
Abu Hurairah r.a menceritakan
yang beliau r.a mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:
Allah berfirman: “ Apabila Aku
menguji hamba-Ku yang
beriman kemudian dia tidak
mengeluh kepada pengunjung-
pengunjungnya maka Aku
lepaskan dia dari belenggu-Ku
dan Aku gantikan baginya
daging dan darah yang lebih
baik dari yang dahulu dan dia
boleh memperbaharui amalnya
sebab yang lalu telah diampuni
semua ”.
Amal kebaikan dan ilmunya
tidak mampu membawanya
kepada kedudukan kerohanian
yang telah ditentukan Allah
s.w.t, lalu Allah s.w.t dengan
rahmat-Nya mengenakan ujian
bala bencana yang menariknya
dengan cepat kepada
kedudukan berhampiran dengan
Allah s.w.t. Oleh yang demikian
tidak perlu dipersoalkan tentang
amalan dan ilmu sekiranya
keadaan yang demikian terjadi
kepada seseorang hamba-Nya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar