Photobucket

Minggu, 18 Maret 2012

NUR SIFAT ALLAH SWT MENERANGI RAHASIA HATI

DITERANGI-NYA YANG ZAHIR
DENGAN CAHAYA ATHAR DAN
DITERANGI-NYA RAHSIA HATI
DENGAN NUR SIFAT-NYA. OLEH
SEBAB ITU TERBENAM CAHAYA
TERANG YANG ZAHIR TETAPI
TIDAK TERBENAM CAHAYA
KALBU DAN SIR (HATI DAN
RAHSIA HATI). BERKATA
ORANG BIJAK PANDAI : “
MATAHARI SIANG TERBENAM
PADA WAKTU MALAM TETAPI
MATAHARI HATI TIDAK
TERBENAM.”
Makhluk ini asalnya ‘adam (tidak
ada). ‘Adam menerima
kewujudan dari kesan
perbuatan Allah s.w.t. Ada
perbezaan antara perbuatan
dengan kesan perbuatan.
Misalnya, melukis adalah
perbuatan dan lukisan adalah
kesan perbuatan. Kesan kepada
perbuatan adalah baharu
sementara perbuatan pula
menunjukkan sifat si pembuat.
Perbuatan tidak berpisah
daripada sifat dan sifat tidak
berpisah daripada zat atau diri
yang berkenaan. Kesan
perbuatan tidak sedikit pun
menyamai sifat yang asli.
Kewujudan yang lahir dari kesan
perbuatan Allah s.w.t tidak
sedikit pun menyamai sifat Allah
s.w.t. Apa sahaja yang mengenai
Allah s.w.t, termasuklah
perbuatan-Nya adalah:
Tidak ada sesuatu yang serupa
dengan-Nya.
Kewujudan baharu yang
menjadi kesan kepada
perbuatan Allah s.w.t dinamakan
athar. Alam semesta adalah
athar. Tidak ada dari kalangan
athar yang boleh dijadikan
gambaran, ibarat atau lukisan
untuk menceritakan tentang
Pencipta athar. Kewujudan athar
hanya boleh dijadikan dalil untuk
menunjukkan Wujud Maha
Pencipta. Jika tidak ada tindakan
dari Maha Pencipta tentu tidak
ada kewujudan yang menjadi
kesan dari tindakan tersebut.
Ahli ilmu merumuskan wujud
alam menjadi bukti wujudnya
Tuhan. Alam boleh menjadi
bahan bukti kerana sifatnya
yang boleh dilihat dan ada
kenyataan mengenainya Ia
menjadi nyata kerana ia
diterangi oleh cahaya dan
cahaya yang meneranginya
adalah bahagian daripada athar
juga. Matahari, bulan dan
bintang adalah athar yang
berkeupayaan memberikan
cahaya. Sifat athar adalah
berubah-ubah, tidak menetap.
Cahaya yang keluar darinya juga
berubah-ubah, dari terang
kepada malap dan seterusnya
terbenam. Allah s.w.t berfirman:
Dan demikianlah Kami
perlihatkan kepada Nabi Ibrahim
kebesaran dan kekuasaan (Kami)
di langit dan di bumi, dan
supaya menjadilah ia dari orang-
orang yang percaya dengan
sepenuh-penuh yaqin. Maka
ketika ia berada pada waktu
malam yang gelap, ia melihat
sebuah bintang (bersinar-sinar),
lalu ia berkata: “Inikah
Tuhanku?” Kemudian apabila
bintang itu terbenam, ia berkata
pula: “Aku tidak suka kepada
yang terbenam hilang”.
Kemudian apabila dilihatnya
bulan terbit (menyinarkan
cahayanya), ia berkata: “Inikah
Tuhanku?” Maka setelah bulan
itu terbenam, berkatalah ia:
“Demi sesungguhnya, jika aku
tidak diberikan petunjuk oleh
Tuhanku, nescaya menjadilah
aku dari kaum yang sesat”.
Kemudian apabila ia melihat
matahari sedang terbit
(menyinarkan cahayanya),
berkatalah ia: “Inikah Tuhanku?
Ini lebih besar”. Setelah matahari
terbenam, ia berkata pula:
“Wahai kaumku, sesungguhnya
aku berlepas diri (bersih) dari
apa yang kamu sekutukan (Allah
dengannya). Sesungguhnya aku
hadapkan muka dan diriku
kepada Allah yang menciptakan
langit dan bumi, sedang aku
tetap di atas dasar tauhid dan
bukanlah aku dari orang-orang
yang menyengutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain).
( Ayat 75 – 79 : Surah al-
An’aam )
Ibrahim a.s mencari Tuhan
dengan matanya bersuluhkan
cahaya-cahaya athar. Beliau a.s
kecewa kerana semua cahaya
itu tidak menetap dan tidak
bertahan. Lalu beliau a.s
meninggalkan cahaya athar dan
menghadapkan hati serta Rahsia
hatinya kepada Maha Pencipta.
Baharulah beliau a.s mendapat
keyakinan yang teguh kerana
cahaya yang menerangi hati dan
Rahsia hatinya tidak berubah,
tidak pudar dan tidak terbenam.
Beliau a.s melihat dengan jelas
bahawa athar tetap athar, tidak
ada satu pun yang boleh
disekutukan atau disifatkan
kepada Tuhan.
Kekeliruan tentang Tuhan
terjadi kerana manusia melihat
kesan perbuatan Tuhan sebagai
perbuatan, kemudian
meletakkan hukum bahawa
perbuatan tidak berpisah
daripada sifat dan sifat tidak
berpisah daripada zat. Oleh
sebab itu perbuatan juga zat.
Jika zat menjadi Tuhan maka
perbuatan juga Tuhan dan apa
yang terbit dari perbuatan juga
Tuhan. Begitulah kesesatan yang
terjadi akibat percubaan melihat
Tuhan dengan suluhan cahaya
athar dan menggunakan hukum
logik matematik.
Seseorang haruslah melihat
kepada asalnya iaitu ‘adam
(tidak wujud). ‘Adam adalah
lawan bagi Wujud. Jika manusia
berpaling kepada ‘adam maka
dia akan terhijab dari Wujud
Allah s.w.t. Pandangannya akan
diliputi oleh athar yang juga
datang dari ‘adam. Tidak
mungkin manusia menemui jalan
yang sebenar jika mereka
melalui jalan yang berdasarkan
asal kejadiannya iaitu ‘adam.
Tuhan adalah Wujud, mustahil
‘adam. Wujud-Nya Esa, tidak
berbilang sedangkan wujud
athar yang dari ‘adam berbilang-
bilang. ‘Adam tetap tidak ada
walaupun banyak makhluk yang
diciptakan daripadanya.
Penciptaan yang demikian tidak
menambahkan Wujud. Walau
sebanyak mana pun makhluk
yang diciptakan namun, Allah
s.w.t tetap Esa. Usaha untuk
menemui keesaan Wujud Allah
s.w.t dengan menuruti jalan
‘adam adalah sia-sia. Kewujudan
aspek kedua mestilah disingkap
jika Allah s.w.t mahu ditemui.
Kewujudan yang perlu
disingkapkan itu adalah yang
berhubung dengan Wujud Allah
s.w.t, bukan yang datangnya
dari ‘adam. Kewujudan yang
berhubung dengan Wujud Allah
s.w.t itu adalah rohani. Firman-
Nya:
(Ingatlah peristiwa) tatkala
Tuhanmu berfirman kepada
malaikat: “Sesungguhnya Aku
hendak menciptakankan
manusia – Adam -dari tanah;
Kemudian apabila Aku
sempurnakan kejadiannya, serta
Aku tiupkan padanya roh
(ciptaan)-Ku, maka hendaklah
kamu sujud kepadanya”. ( Ayat
71 – 72 : Surah Saad )
Katakan: “ Roh itu dari perkara
urusan Tuhanku.” ( Ayat 85 :
Surah al- Israa’ )
Roh adalah amr (urusan atau
perintah) Allah s.w.t, tidak
termasuk dalam golongan yang
diperintah. Malaikat, jin dan lain-
lain termasuk dalam golongan
yang diperintah. Roh manusia
adalah satu Rahsia Allah s.w.t. Ia
dinisbahkan kepada Allah s.w.t,
bukan kepada ‘adam. Pada tahap
amr (urusan) Tuhan ia dipanggil
Sir (Rahsia Allah s.w.t), atau
Rahsia hati. Pada tahap berkait
dengan jasad ia dinamakan
kalbu atau hati. Semua kualiti
yang baik adalah berkait dengan
toh dan semua kualiti yang jahat
berkait dengan ‘adam. Jika alam
maya diterangi oleh cahaya
athar, hati dan rahsia hati yang
dinisbahkan kepada roh urusan
Tuhan, diterangi oleh nur sifat
Allah s.w.t. Kualiti hati dan rahsia
hati adalah mengenal. Nur sifat
Allah s.w.t itulah yang
menerangi hati untuk
menyaksikan kepada Tuhannya.
Hati orang arifbillah yang
diterangi oleh nur sifat Allah
s.w.t tidak lagi dikelirukan oleh
cahaya athar dan benda-benda
yang dipamerkan. Mata hati
menyaksikan Rububiyah pada
segala perkara. Zahirnya sibuk
dengan makhluk, hatinya
menyaksikan Rububiyah dan
Sirnya (rahsia hati) tidak
berpisah daripada Allah s.w.t
walau sedetik pun.
Sir yang menerima sinaran Nur
Sifatullah membawa sifat-sifat
yang menceritakan tentang Sifat
Allah s.w.t yang menyinarinya.
Manusia pilihan yang diheret
oleh Sir tersebut akan memakai
sifat-sifat yang menceritakan
hubungannya dengan Allah
s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w
dikenali sebagai Habiballah; Nabi
Isa a.s sebagai Roh Allah; Nabi
Musa a.s sebagai Kalim Allah;
Nabi Ibrahim a.s sebagai Khalil
Allah. Manusia yang bukan nabi
juga menerima pimpinan Sir
yang menerima sinaran Nur
Sifatullah dan dengan yang
demikian mereka dikenali. Abu
Bakar dikenali sebagai as-Siddik
dan Hamzah sebagai Singa Allah.
Manusia lain pula ada yang
dikenali sebagai Abdul Malik,
Abdul Wahab, Abdul Karim,
Abdul Latif dan lain-lain. Hamba-
hamba pilihan itu mendapat
gelaran yang dihubungkan
dengan Allah s.w.t kerana Sir
mereka disinari oleh Nur
Sifatullah, sebagai persediaan
buat mereka menanggung
amanah Allah s.w.t. Firman-N ya:
Dan (ingatkanlah peristiwa)
hamba-hamba Kami: Nabi
Ibrahim dan Nabi Ishaq serta
Nabi Ya’aqub, yang mempunyai
kekuatan (melaksanakan taat
setianya) dan pandangan yang
mendalam (memahami
agamanya). Sesungguhnya Kami
telah jadikan mereka suci bersih
dengan sebab satu sifat mereka
yang murni, iaitu sifat sentiasa
memperingati negeri akhirat.
Dan sesungguhnya mereka di
sisi Kami adalah orang-orang
pilihan yang sebaik-baiknya. Dan
(ingatkanlah peristiwa) Nabi
Ismail dan Nabi Alyasa’, serta
Nabi Zulkifli; dan mereka
masing-masing adalah dari
orang-orang yang sebaik-
baiknya. ( Ayat 45 – 48 : Surah
Saad )
Allah s.w.t mempersucikan
hamba-hamba pilihan-Nya
dengan menyinari Sir mereka
dengan nur sifat-Nya dan
dengan itu mereka menjadi
sebaik-baik hamba yang
menjalankan perintah Allah s.w.t.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar