Photobucket

Minggu, 18 Maret 2012

KEKERAMATAN BUKAN JAMINAN KESEMPURNAAN

TIDAK SEMUA YANG TERZAHIR
KEKERAMATANNYA ITU
SEMPURNA PANGKAT
KEWALIANNYA.
Orang yang kerohaniannya
belum cukup mantap suka
meninjau keadaan dirinya
sendiri untuk melihat kalau-kalau
terdapat tanda-tanda
kekeramatan padanya.
Kekeramatan yang dimaksudkan
adalah kebolehan luar biasa
yang tidak dapat dilakukan oleh
orang ramai, misalnya berjalan di
atas air, tidak basah ditimpa
hujan, dalam sekelip mata boleh
berada di Makkah, doa cepat
makbul dan lain-lain. Jika dia
melihat tanda-tanda yang
seumpama itu ada pada dirinya
dia merasakan telah berjaya
dalam perjuangannya.
Orang yang beranggapan begini
kurang mengerti tujuan perkara
luar biasa yang berlaku ke atas
dirinya. Perkara seperti itu
bukanlah peristiharan bahawa
dia sudah cukup bersih dan
sudah menjadi wali yang agung.
Perkara seperti ini adalah alat
untuknya mengenal kekuasaan
Allah s.w.t yang tidak terikat
pada hukum sebab akibat, tidak
dikongkong oleh ikhtiar
makhluk. Kekeramatan adalah
pengenalan kepada sifat Berdiri
Dengan Sendiri, Berkehendak
dan Berkuasa melakukan apa
sahaja tanpa ditekan oleh
sesiapa dan tanpa disebabkan
oleh sesuatu sebab. Allah s.w.t
tidak ditakluki oleh sempadan
sebab musabab. Sebab musabab
mengongkong kekuasaan dan
kekuatan makhluk tetapi tidak
memberi bekas kepada
kekuasaan dan kekuatan Allah
s.w.t. Sebab musabab menjadi
dinding yang tebal menghalang
manusia dari melihat kepada
kekuasaan dan keagungan Allah
s.w.t. Jika seseorang ingin
menghampiri Allah s.w.t dinding
tersebut perlu dirobohkan. Dia
tidak boleh bersandar kepada
sebab musabab untuk
mengeluarkan akibat. Sebab dan
akibat tidak terjadi dengan
sendirinya. Kudrat dan Iradat
Allah s.w.t yang melahirkan
sebab dan akibat juga.
Sebab-sebab adalah utusan
yang membawa perintah Allah
s.w.t. Sungguh tidak wajar
kiranya dalam menerima
perintah perhatian hanya
ditujukan kepada utusan tidak
kepada Empunya perintah. Bagi
menyedarkan hamba-hamba
tentang keperkasaan Yang
Empunya perintah, kadang-
kadang dicabut kesan daripada
sebab. Kesan membakar dicabut
dari api apabila Nabi Ibrahim a.s
memasukinya. Proses pembiakan
dikejutkan apabila Nabi Isa a.s
dilahirkan tanpa percampuran
ibu dan bapa. Hukum alam
semula jadi dirombak apabila
Nabi Musa a.s membelah laut
dengan tongkat beliau a.s dan
Nabi Muhammad s.a.w
mengeluarkan air dari jari-jari
baginda s.a.w. Kejadian-kejadian
yang seperti disebutkan itu
menjadi ledakan yang kuat
meruntuhkan benteng sebab-
akibat agar para hamba dapat
melihat dengan jelas akan
Kudrat dan Iradat Allah s.w.t
yang menguasai dan mengatur
segala-galanya. Demikian juga
peranan kekeramatan yang
berlaku kepada orang-orang
tertentu. Kekeramatan
merupakan pendidikan
kerohanian dalam mengenal
Allah s.w.t agar hati meyakini
sungguh-sungguh kepada Allah
s.w.t sebagai Rab (Tuhan)
sekalian alam. Orang yang
padanya terzahir kekeramatan
akan melihat dengan jelas akan
ketuhanan Allah s.w.t yang
menguasai sekalian alam dan dia
dapat menghayati maksud:
Tiada daya dan upaya melainkan
dengan Allah s.w.t.
Tidak ada daya dan upaya
melainkan apa yang didayakan
dan diupayakan oleh Allah s.w.t.
Kekeramatan menjadi pasak
yang meneguhkan bangunan
iman. Dia tidak lagi ragu-ragu
terhadap jaminan Allah s.w.t.
Kekeramatan yang mengangkat
darjat seseorang boleh menjadi
ujian yang menghalang
perkembangan kerohanian
orang lain. Orang yang
terpesona melihat kekeramatan
yang terzahir dari dirinya
merasakan dirinya sudah berada
pada kedudukan yang tinggi lagi
mulia. Kekeramatan
menambahkan rasa taasub
kepada diri sendiri dan
memperbesarkan keegoan
dirinya. Ini menyebabkan proses
penyucian hatinya terbantut.
Kegagalannya melihat rahsia
Kudrat dan Iradat Allah s.w.t
menebalkan hijab dirinya
dengan Allah s.w.t dan tidak
bertambah kekuatan tauhidnya.
Orang yang dirinya benar-benar
suci bersih dapat
menyelamatkan dirinya dari
fitnah kekeramatan.
Kekeramatan boleh terjadi pada
dirinya tetapi tidak
mengalihkan pandangan mata
hatinya daripada Allah s.w.t.
Kekeramatan membuka pintu
ghaib kepadanya untuk melihat
rahsia kekuasaan Tuhan pada
penciptaan dan aturan-Nya. Apa
sahaja yang diciptakan Allah
s.w.t dan ditadbir-Nya adalah
luar biasa dan merupakan
kekeramatan.
Arasy adalah luar biasa dan
semut juga luar biasa. Bintang
dilangit adalah luar biasa dan
kelip-kelip juga luar biasa. ‘Adam
(yang tidak ada) tiba-tiba
menjadi ada, sungguh luar biasa
sekali kekuasaan Allah s.w.t.
Seluruh alam maya ini adalah
luahan kekeramatan yang luar
biasa yang hanya Allah s.w.t
sahaja yang mampu berbuat
demikian. Dia adalah Allah s.w.t,
yang tidak ada Tuhan kecuali
Dia!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar